Monday, November 14, 2016

Terengganu

Terengganu

Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri dalam Malaysia. Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50 (lihat peta). Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu ialah 12,955 km.

Lokasi Terengganu

Daerah

Terengganu terbahagi kepada 8 daerah iaitu :-
  • Besut بسوت
  • Setiu ستيو
  • Hulu Terengganu هولو ترڠڬانو
  • Kuala Nerus كوالا نروس (Diisytiharkan pada 18 September 2014 oleh PM Malaysia yang ke-6,)
  • Kuala Terengganu كوالا ترڠڬانو
  • Marang مارڠ
  • Dungun دوڠون
  • Kemaman كمامن

    Budaya

  • Masyarakat Melayu di Terengganu sememangnya kaya dengan budaya dan adat. Di Terengganu, terdapat beberapa jenis teater tradisional Melayu yang dikenali sebagai Rodat, Teater Nur Sakti dan Tarian Pulai. Juga Tarian Ulek Mayang yang biasa dimainkan di tepi pantai sewaktu pesta pantai yang biasa diadakan pada hujung tahun bagi tujuan untuk mengubati penyakit,namun tarian ini sekarang hanya sekadar Persembahan budaya semata-mata. Terengganu juga kaya dengan makanan tradisional dan berlainan dengan makanan Melayu di negeri lain. Di antara makanan tradisional masyarakat Melayu Terengganu yang berkhasiat dan sedap dikenali sebagai Keropok Lekor (orang Terengganu sebut keppok gongdee/panjang/batang).Selain itu budu juga salah satu makanan yang popular di Negeri Terengganu. Sekarang masyarakat makin mengenali budu dan semakin tahu khasiat budu yang dikenali dengan nama "sos bilis". Di samping itu Nasi Dagang adalah nasi jenama masyarakat Terengganu , hanya masyarakat Terengganu yang dapat menghasilkan Nasi Dagang yang sedap dan asli. Terdapat macam-macam makanan tradisoanal yang sedap dan berkhasiat di negeri Terengganu antaranya Tahi Itik, Akok, Nganang, Brolok Sagu, Sagong, Bikee nyor, Blebab Ubi, Nek Bak, Tok Aji Serbang, Ketupat Sotong, Beekang, Roti Paung, Buah Bung Sambal, Kuih Kapur nyor, Apam Dewa, Apam Kuah dan banyak lagi. 
  • Seni Tari = Tarian Ulek Mayang, Tarian Saba, Tarian Watimang Landok dll.
  • Pakaian = Pakaian Terengganu
  • Seni Muzik = Ulek Mayang, Rodat, Gamelan Terengganu
  • Senibina = Rumah Terengganu
  • Seni mempertahankan diri = Silat Gayongman Gerak Satu
  • Makanan Tradisional = Keropok Lekor, Nasi Dagang, Laksang dll.
  • Lagu Tradisional = Watimang Landok, Anok Udang, Ayun Buai Kokek, Patendu Patende, Inang Rodat, Ulek Mayang dll.
  • Bahasa

  • Orang Terengganu terkenal dengan bahasa pertuturan yang unik iaitu Bahasa Melayu Terengganu atau "Cakak Tranung" oleh orang Terengganu sendiri. Bahasa Melayu Terengganu berkait rapat dengan Bahasa Melayu Kelantan dan kadangkala agak sukar difahami oleh Orang Melayu di luar Negeri Terengganu. Namun, bukan semua masyarakat Melayu di Terengganu menutur dalam Bahasa Melayu Terengganu. Di Besut, Bahasa Melayu Kelantan adalah lebih popular di kalangan masyarakat Melayu di sana serta budaya dan adat resam mereka lebih ke arah Kelantan daripada Terengganu. Bahasa Melayu Terengganu (tulisan Jawi: بهاس ملايو ترڠݢانو) atau dalam Bahasa Melayu Terengganu "Base Ganu/Tranung" adalah bahasa lisan setempat yang digunakan di negeri TerengganuMalaysia kecuali di Pulau Perhentian dan bahagian utara daerah Besut di utara Terengganu kerana kebanyakan masyarakat di sana menggunakan Bahasa Melayu Kelantan. Bahasa ini juga dituturkan di luar negeri Terengganu seperti di sebelah timur Pahang (Kuantan), Johor (Mersing) dan sehingga ke Kepulauan AnambasIndonesia. Walaupun loghat ini kadangkala tidak dapat difahami penutur bahasa Melayu standard, namun ia mempunyai banyak persamaan.

    Contoh perbezaan

    Bahasa Melayu piawai dan bahasa Melayu Terengganu
    Bahasa Melayu piawaiBahasa Melayu Terengganu
    saya / kamiambe, kite
    awak / kamu / andademe, mung
    acap kali / kerap / sentiasasokmo
    bolehbuleh
    menipu / berbohonglebong, plawok, nawok
    takutkesit, serung
    kedekutlokek, kupik, kemut
    tergesa-gesa / gelojohlorak, gaduh
    nasinasik
    beritahuroyak, kkabor
    berlanggar / kemalanganblanggor, eksideng (accident)
    melanggar / terlanggartepoh, langgor
    rambutanmoktang
    tak ada apa-apatak dok mende
    mengigil / terketar-ketarkenaling, ketor
    payah, susahrohok
    terasa ngilu / kebasserebang
    tidak berdayalepek
    cemasdebor
    bosanpuahsang
    kekejangannyetok
    tak pe lahdakpe lah, biar lah
    jongkang jongket (permainan kanak-kanak)congek cakdung
    bodohbongok, benok
    gila / kurang siumanmereng, iseng
    lateks (susu getah yang sudah beku)pot getoh
    manjadenel
    Lazimnya,kebanyakan perkataan Bahasa Melayu Terengganu mempunyai unsur penambahan akhiran ng. Kebiasaannya ia digunakan dalam perkataan yang berakhir dengan n ataupun m. Contohnya, 
    Bahasa Melayu StandardBahasa Melayu Terengganu
    MakanMakang
    KamuMung
    MalamMalang
    SelamSelang
    MasamMasang
    KetamKetang
    Vokal 'a' ditengah suku kata terakhir perkataan digugurkan dan digantikan dengan vokal 'o'. Contoh:
    Bahasa Melayu StandardBahasa Melayu Terengganu
    TengahTengoh
    PerakPeghok
    SekolahSkoloh
    SumpahSupoh (konsonan m digugurkan)
    Vokal 'a' dihujung perkataan digugurkan dan digantikan dengan vokal 'e' (sama seperti bahasa Melayu biasa). Contoh:
    Bahasa Melayu StandardBahasa Melayu Terengganu
    LamaLame
    MasaMase
    BiasaBiase
    BagaimanaGuane (kata khas yang seerti)
    Tidak mengapaDakpe (kata khas yang seerti)
    KenapaBakpe (kata khas yang seerti)
    SerupaSerupe/Supe
    Konsonan m dan n ditengah perkataan digugurkan. Contoh 
    Bahasa Melayu StandardBahasa Melayu Terengganu
    LampuLapu
    MenantuMenatu
    PantangPatang
    TumpahTupoh
    MentolMetol
    Kosonan s,f akan ditukarkan menjadi h. Contoh: 
    Bahasa Melayu Standard
    Bahasa Melayu Terengganu
    SafSoh (juga bermaksud sah)
    AtasAtah
    EmasMmah
    CemasCemah
    MalasMalah

    Sabdu

  • Peranan sabdu dalam loghat Terengganu adalah begitu besar maksudnya. Penggunaan sabdu akan menyebabkan susunan struktur perkataan tidak berubah. Satu perkataan boleh mempunyai dua maksud yang berbeza, sabdu akan membezakan makna istilah, struktur perkataan atau dialog yang ingin di maksudkan oleh pengguna loghat Terengganu. 
    Bersabdu (Bahasa Terengganu)Tanpa sabdu (Beza maksud yang ketara)Perkataan yang dimaksudkan
    Ruput makang Llembu
    /rũput makang llembu/
    Rumput makan lembu
    /rumput makan llembu/
    Rumput dimakan oleh lembu
    dok ppakaatak pakaitidak boleh pakai / tidak berguna
    makang kkedaimakan kedaimakan di kedai
    kkaborkabar / cakapcakap
    kkapikkapittersepit

    Kata Penguat Terengganu

  • Loghat Terengganu juga mempunyai beberapa kata penguat yang unik bagi menunjukkan peri pentingnya sesuatu sifat atau keadaan tersebut. Contoh:
  • Warna
    Hitang Beletung - terlalu hitam
    Putih Sepuk - terlalu putih
    Kuning Sior - terlalu kuning
    Meroh Nyale - terlalu merah

    Bau
    Busuk Kohong - terlalu busuk
    Busuk Hapok - terlalu busuk
    Hacing Pering - sangat hancing
    Hanyir Mekok - terlalu hanyir
    Wangi Mekok - sangat wangi
    Tengik Bangor - sangat tengik

    Rasa
    Masing Pekok - sangat masin
    Manih Leting - sangat manis
    Tawo Hebe - sangat tawar
    Pahik Lepang - sangat pahit
    Masang Rebang - sangat masam

    Adjektif
    Musing Ketang - keadaan tak menentu / berpusing-pusing
    Guling Bating - jatuh terguling-guling
    Pendek Ketok - terlalu pendek
    Gemok Debok - sangat gemuk
    Panjang Jeta - terlalu panjang
    Aluh Seriak/Siak - terlalu kecil/halus (nanotech)
    Aluh Siatak - sangat halus
    Berak Nanang - sangat berat
    Rengang Belepong - sangat ringan
    Come Lote - sangat cantik
    Besor Jalo - sudah besar
    Kuruh Keding - sangat kurus
    Bulat Getel - sangat bulat
    Dok Rok Skepeng - tidak berdaya
    Huyong Hayang - tidak stabil
    Kecik Luek - sangat kecil
    Laju Beribok - sangat laju
    Toho Lepeh - aras air yang sangat tohor
    Panas Dering - sangat panas (cuaca)
    Sejuk Ketor - sangat sejuk (cuaca)
    Tinggi Sayut - sangat tinggi
    Kembang Semuwek - sangat kembang
    Kecut Berut - sudah layu
    Semak Jetak - sangat tampan (lelaki)
    Uduh Sepang - sangat hodoh, buruk
    Lama Bejamang - sangat lama (masa, waktu)
    Bising Bangor - sangat bising
    Senyap Tupah - terlalu senyap
    Kubang Hanyar - terlalu bersepah
    Licing Reling - kemas, tidak bersepah, sangat bersih
    Basoh Belejung - sangat basah, tempat yang berair
    Sikak Tunggeng - terlalu singkat (ukuran)

Contoh cara percakapan loghat Terengganu- Mat Dan Cakap Terengganu 




No comments:

Post a Comment